09 Ogos 2010

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS: KAEDAH GLOBAL

Oleh; Mohd Imran Sofwani, Khairudin Ruslee dan Mohd Khairi Ariffin

Pengenalan
Sastera merupakan satu bidang yang amat unik. Keunikan bidang sastera akan dirasai apabila kita menyelami dunia sastera bersama-sama dengan tokoh-tokoh sastera ataupun dengan tokoh kritikan. Akan tetapi, anak muda masa kini terutama yang melibat pelajar ipt sekarang kurang meminati bidang sastera. Namun, semua ini bukanlah satu penghalang kepada kumpulan kami untuk menyelami bidang sastera seterusnya menyiapkan tugasan ringkas yang telah diberikan kepada kami. Setelah diundi, kami telah bernasib baik kerana dihadiahkan tajuk pendekatan memahami teks melalui kaedah global. Jadi, pada bahagian seterusnya kami akan menghuraikan serba sedikit perihal kaedah global beserta contoh-contoh yang bersesuai.




Konsep Pendekatan
Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul dan berbagai-bagai lagi.

Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, ita lihat contohterdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektif pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilah yang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Definisi Kaedah Global
Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-

• aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan.
• aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.
• aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.
3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
• lakonan berasaskan gambar
• lakonan berasaskan skrip
• lakonan guna topeng
• lakonan guna cerita berlagu

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy nak bertanya..adakah selepas pelaksanaan kaedah ini,guru perlu menilai apa yang dibuat oleh murid?atau hanya hendak melihat kefahaman murid selepas bacaan yang dilakukan...